TKO.fm




Selasa, 06 Maret 2012

hafizs abdullah & photography: THE NATURE - TANDUK WATERFALL

hafizs abdullah & photography: THE NATURE - TANDUK WATERFALL: Dah sangat-sangat lama rasanya tak ke air terjun ataupun jeram. Lama sangat dah kot. Last bila pun dah tak ingat. Memang sangat best bila d...

Rabu, 30 Juli 2008

Doa Zikir Munajat


ذكر مناجات


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لله وَلاَإلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar


الله ، الله ، الله ، ياالله

Allah , Allah , Allah , Allah


حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ نَبِيْ مُحَمَّدٌ صَلّّى اللهُ

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.


تُبْنَا إِلَى اللهِ ، وَرَجَعْنَا إِلَى اللهِ ، وَنَدِمْنَا عَلَى مَافَعَلْنَا

Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan


فَسُبْحَانَ مَنْ لاَيَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ

Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya


وَمَنْ هُوَ فَوْقَ اْلعَرْشِ فَرْدٌ مُوَحَّدٌ

(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang di esakan


مَلِيْكٌ عَلَى عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنُ

Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit

ِ

لعِزَّتِهِ تَعْنُوْ الوُجُوْهُ وَتَسْجُدُ

Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk(wajah-wajah)


حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ نَبِيْ مُحَمَّدٌ صَلّّى اللهُ

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w


لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْمَلِكِ الْحَقِّ الْمُبِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar


مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَادِقُ الوَعْدِ الأَمِيْنَ

Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai


أَسْتَغْفِرُ اللهَ إنَّ اللهَ كَانَ تَوَّاباً

Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

Selasa, 29 Juli 2008

Hari Ini Yang Abadi ..

Seorang bijak pernah berkata, bahwa ada dua hari dalam hidup ini yang sama sekali tak perlu kita khuatirkan.

Yang pertama:
hari kemarin. kita tak bisa mengubah apa pun yang telah terjadi. kita tak bisa menarik perkataan yang telah terucapkan. kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang anda rasakan kemarin. Biarkan hari kemarin lewat lepaskan saja.

Yang kedua:
hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, kita tak tahu apa yang akan terjadi. kita tak bisa melakukan apa-apa esok hari. kita tak mungkin sedih atau ceria di esok hari. Esok hari belum tiba biarkan saja. Yang tersisa kini hanyalah hari ini. Pintu masa lalu telah tertutup pintu masa depan pun belum tiba..

Pusatkan saja diri kita untuk hari ini. kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kemarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari. Hiduplah hari ini. Karena, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan pikiran yang rumit. Hiduplah
apa adanya. Karena yang ada hanyalah hari ini..
hari ini yang abadi..

Rabu, 28 Mei 2008

Internet Bakal Lapuk?

LONDON: Internet akan menjadi alat yang lapuk tidak lama lagi berikutan saintis yang menjadi perintis kemudahan itu kini mencipta peralatan baru yang memiliki keupayaan secepat kilat sehingga mampu memuat turun keseluruhan filem dalam tempoh satu atau dua saat saja.

Dengan kelajuan 10,000 kali ganda berbanding keupayaan pautan jalur lebar sedia ada, jaringan rangkaian terbaru ciptaan Organisasi Eropah Bagi Pengkajian Nuklear (CERN) itu turut menyediakan 'kuasa' untuk menghantar imej holografik, menyediakan kemudahan permainan video dalam talian sehingga ratusan ribu pemain boleh turut serta selain menawarkan talian video dengan kadar caj panggilan tempatan.

Profesor Fizik di Universiti Glasgow, David Britton, juga antara individu terbabit dalam projek itu percaya, teknologi jaringan berkenaan mampu merevolusikan masyarakat.

"Dengan kuasa komputer seperti ini, generasi akan datang memiliki keupayaan bekerjasama dan berkomunikasi lebih baik daripada masyarakat 'kuno' seperti saya mampu bayangkan," katanya.

Kekuasaan jaringan baru itu akan diperkenalkan pada musim panas ini apabila saintis CERN mengaktifkan peranti Pelanggaran Hadron Besar (LHC) iaitu pemecut zarah baru yang dibina untuk mengkaji permulaan alam semesta. Jaringan itu akan diaktifkan pada masa sama bagi memperoleh data dihasilkan LHC.

Saintis di CERN yang terletak di Geneva, Switzerland memulakan projek jaringan komputer itu tujuh tahun lalu apabila penyelidik menyedari LHC akan menghasilkan data tahunan yang terlalu banyak.

Pengarah Teknik projek berkenaan, Profesor Tony Doyle, berkata pihaknya memerlukan kuasa memproses yang terlalu banyak dan ada isu mengenai mendapatkan kuasa elektrik yang mencukupi menggunakan komputer sebanyak itu di CERN.

"Satu-satunya jawapan kepada masalah ini dengan mencipta rangkaian baru yang cukup kuat menghantar data dengan segera ke pusat kajian di negara lain," katanya.

Rangkaian dihasil menggunakan kabel gentian optik itu menghubungkan CERN kepada 11 pusat di Amerika Syarikat, Kanada, negara Timur Jauh, Eropah dan pelbagai lagi.

Ketua Projek Komputer Berkelajuan Tinggi di CERN, Ian Bird, berkata teknologi jaringan itu akan membuatkan capaian internet terlalu pantas sehingga pengguna akan berhenti menggunakan komputer 'desktop' untuk menyimpan maklumat sebaliknya memuatkan semuanya ke internet.

"Ia akan memulakan fenomena 'perkomputeran awan' iaitu pengguna menyimpan semua maklumat mereka dalam internet dan boleh dicapai di mana saja," katanya. ý Agensi


baca kat bHarian - http://www.bharian.com.my/Monday/Dunia/20080406231614/Article/index_html

Jumat, 02 Mei 2008

KaTa-KaTa HiKmAh

1) Biar renggang difana dunia,biar hina dimata manusia,biar semangat semakin tua,biar akal semakin berusia, jangan tergadai silaturrahim antara kita sesama Islam... .

2) U can buy gifts but not love,U can pretend smile but not happiness,U can lie to others but not to yourself,U can have friends,but not as good as ALLAH S.W.T.

3) I know you are so-so buzy, but take 3 seconds to ZIKIR to ALLAH Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar May Allah bless us.

4) Kuliah Maghrib tiada lagi,dikir barat sampai ke pagi,sure heboh tiap negeri,Mufti menegur terus dimaki,kes bunuh hari-hari,rompak,ragut makin menjadi,aurat dah tak peduli,termasuk bini para menteri,Hukum Hudud selalu dicaci,perlembagaan penjajah dijunjung tinggi,Ulama dimaki penyanyi disanjungi,pejuang Islam ditangkap digari, BAPAK RASUAH pulak dipuji,inilah dia Islam Hadhari, Islam tajaan Pak Lah Badawi, Al-Ghazali yang kita cari,rupa-rupanya mawi yang ditemui.

5) Jika hati sejernih air,jangan biar ia keruh,jika hati seputih awan,jangan biar ia mendung,jika hati seindah bulan,hiasi ia dengan iman.

6) SIDDIQ mu baluti luka kekufuran,AMANAH mu payungi lembah kehinaan,FATONAH mu suburi hati yang layu,TABLIGH mu terangi insan di kala kegelapan... .YA MUHAMMAD habibullah...

7) Kasih Allah membawa Rahmat,Kasih Rasul membawa Syafaat,Kasih guru membawa Berkat,Kasih ibu membawa Kesejahteraan dan kasih ayah membawa kebahagiaan.

8) Rasulullah bersabda: Yang menjadikan orang mukmin itu pemurah adalah agamanya,yang menjadikan orang mukmin itu mempunyai kehormatan adalah akalnya dan yang menjadikan orang mukmin itu mulia adalah budi pekertinya.

9) Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman,ucapan hOppssh mendahului YA ALLAH, bila perut kenyang hha... kenyangnyah mengatasi ALHAMDULILLAHh, bila diri terpegun oleh keindahan alam,SUBHANALLAH tertutup oleh Cantiknya, bila dikunjungi berita malang, Kasihannya terucap kerana kita lupa INNALILLAH HI WAINNA ILAIHIRAJIUUN. Kadang kala kita lupa kerana kita terbiasa. Tapi, ingatlah agar bila Malaikat Izrail mendekati kita,biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata-kata...

10) Siang akan sepi tanpa mentari,malam tiada seri tanpa rembulan,hidup akan sunyi tanpa teman,hati tiada erti tanpa iman... .

11) LIHAT pada anugerah dan ciptaan Allah, DENGAR pada perkara yang memuji Allah, PATUH pada AL-Quran dan Sunnah, DIAM itu pembuka pintu Rahmat.
Mudah-mudahan ianya menjadi panduan pada kita semua..Insya Allah...